"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM siasat bekas menteri berhubung tahanan ahli perniagaan 'Dato' Malik'

Malaysiakini

SPRM akan menyoal-siasat seorang bekas menteri kabinet bagi membantu siasatan berhubung penahanan dua ahli perniagaan yang terkenal dalam mengedar filem India dan membawa masuk artis dari negara itu untuk membuat persembahan di Malaysia.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa seorang ahli perniagaan yang juga adalah seorang ahli politik dari Negeri Sembilan itu turut ditahan dalam operasi tersebut.

Suspek yang juga anggota sayap bersekutu Bersatu itu sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Malaysiakini telah menghubungi menteri kabinet berkenaan untuk mendapatkan ulasan.

Bagi dua suspek pertama, FMT menamakan seorang daripada mereka sebagai Abdul Malik Dasthigeer, pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa suspek kedua pula adalah juga pengedar filem yang pada awal tahun ini mengadakan konsert yang menampilkan komposer muzik Tamil terkemuka dengan kehadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama.

Syarikat suspek kedua juga mengedarkan filem biografi perdana menteri “Anwar: The Untold Story.'

Menurut sumber, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Sumber itu mendedahkan bahawa agensi antirasuah itu telah membekukan aset bernilai lebih RM300 juta sementara menunggu siasatan.

Lebih 30 individu termasuk ahli keluarga dan rakan suspek telah dipanggil untuk disoal siasat.

Tiada ulasan: