"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haramkan tangan undi BN: Hadi kata Annuar lebih tahu salah Umno

Nora Mahpar

SHAH ALAM: Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata Annuar Musa lebih mengetahui keburukan Umno, sehingga beliau “mengharamkan tangan” pengundi di Kelantan memilih Barisan Nasional (BN) pada PRN bulan depan.

“Banyak yang kita tak tahu dia lebih tahu. Beliau melihat sendiri salah-silap Umno,” kata Hadi selepas menghadiri program himpunan bicara buat mahasiswa.

Kelmarin, Annuar yang juga pengerusi Muafakat Nasional (MN) mengingatkan rakyat Kelantan termasuk ahli Umno di negeri itu “mengharamkan tangan” mengundi calon BN dan Pakatan Harapan (PH) pada PRN 12 Ogos ini.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu dalam satu program di Kelantan berkata undi BN di negeri berkenaan ibarat melabur saham kepada DAP.

Annuar dipecat daripada Umno pada 8 Dis tahun lalu selepas lantang mengkritik kepimpinan Presiden Zahid Hamidi.

Mengulas dakwaan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor bahawa plot menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu, Hadi secara ringkas berkata Sanusi lebih mengetahuinya.

Bagaimanapun, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata populariti PAS dan pengarah pilihan raya PN itu boleh dilihat berdasarkan respons umum.

“Masyarakat tengok sendiri,” katanya.

Tiada ulasan: