"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuan Ibrahim: Calon PN muktamad, jangan tentang keputusan parti

FMT Reporters

PETALING JAYA: PAS menggesa ahlinya memastikan disiplin parti menjelang PRN 12 Ogos depan, dengan menyatakan calon Perikatan Nasional bagi enam negeri adalah muktamad.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengingatkan ahli parti supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik bagi memastikan kemenangan calon PN.

“Presiden telah mengingatkan agar semua patuh dan wala kepada keputusan parti, sama ada dicalonkan atau sebaliknya. jangan sesekali bertindak menentang keputusan parti samada memberi sokongan kepada lawan atau bertindak menjadi calon bebas.

“Parti tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin demi memastikan PN mencapai kejayaan dalam PRN kali ini,” katanya di Facebook.

Semalam, PAS Bayan Lepas dilaporkan akan mengadakan bantahan terhadap Dominic Lau sekiranya Presiden Gerakan itu dinamakan untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu itu.

Kerusi itu ditandingi PAS sejak PRU12 dan pengundi mahu calon Melayu, menurut Kosmo.

Menerusi pengumuman calon PN Pulau Pinang malam tadi, nama Lau dan calon untuk kerusi berkenaan tidak diumumkan.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin dalam kenyataan ringkas berkata Lau akan mewakili gabungan itu di Bayan Lepas dan keputusan dibuat Majlis Presiden PN.

Tiada ulasan: