"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Dato Malik’ akan dilepas esok dengan jaminan

Elill Easwaran

PETALING JAYA: Abdul Malik Dasthigeer, atau lebih dikenali sebagai “Dato Malik”, akan dilepaskan esok pagi dengan jaminan.

Beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Sumber yang rapat dengan Malik beritahu FMT: “Beliau akan dilepaskan esok pada 8 pagi.”

Menurut sumber itu, Malik dalam keadaan yang baik dan bekerjasama dengan badan anti-rasuah itu.

“SPRM mengendalikan kes itu secara profesional.”

Malik ditahan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla).

Beliau pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Beliau dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.

Tiada ulasan: