"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amanah tanding 31 kerusi di PRN 6 negeri

FMT Reporters

SHAH ALAM: Amanah akan meletakkan 31 calon pada PRN di enam negeri 12 Ogos ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, parti itu akan meletakkan sembilan calon masing-masing di Selangor dan Kedah, serta tujuh di Kelantan.

Parti itu juga akan meletakkan dua calon masing-masing di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada 31 calon itu, katanya, tujuh terdiri daripada wanita dan tujuh daripada Pemuda Amanah.

Sembilan calon adalah penyandang kerusi, manakala 15 muka baharu.

Tiada ulasan: