"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar: Antara Kuih bulan dan BN / Nizar vs Zambry

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan BN lebih teruk daripada dinasti Mongol Yuan di China dan menggesa pengundi Cina di Bagan Pinang supaya mengikut 'jejak langkah' nenek moyang mereka dengan menolak calon BN.

Berucap di satu majlis sambutan pesta tanglung di Bagan Pinang malam tadi, menteri besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, festival tersebut adalah mengenai "menumbangkan satu rejim yang kejam".

Dan mengenai cerita mengenai bagaimana kaum Han pada Abad ke-14 menggunakan 'kuih bulan' untuk mengedarkan mesej menentang dinasti Yuan, Nizar menggesa penggundi Cina di Bagan Pinang untuk"menolak BN".

Nizar mendakwa, BN lebih kejam daripada dinasti Yan kerana mereka telah merampas hak rakyat di Perak.

Beliau merujuk kepada tindakan BN mengambil alih pentadbiran kerajan negeri daripada Pakatan Rakyat Februari lalu, selepas tiga wakil rakyat Pakatan keluar parti dan menyokong BN,

Nizar juga mengingatkan bahawa jika calon BN, Tan Sri Isa Samad menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, ia boleh menjejaskan kestabilitan di Negeri Sembilan kerana beliau akan menjadi ancaman kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: