talikasutkayu
Aku tersenyum bila baca artikel dia laman forum mengatakan ada seorang
pemuda umno yang berani serta lantang sanggup ke tali gantung untuk membunuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.Antara kenyataan pemuda UMNO ini ialah&Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi
Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu
Kenyataan pemuda umno ini seolah olah beliau seorang yang kebal dan tidak takut pada dosa serta seksaan Allah. Pemuda umno ini juga mencabar undang undang Malaysia dan memandang hukuman tali gantung sekadar sakit digigit semut. Adakah pemuda umno ini akan terlepas dari seksaan kubur atau seksaan api neraka jika dapat membunuh seorang ulama tersohor.
Jelas kenyataan pemuda umno ini sama perangainya dengan golongan musrikin Quraish di zaman Rasulullah SAW.
Dilaman facebooknya tertera beliau seorang Islam dan bernama Mohd Safuan Hilmi. Malang bagi seorang yang mengaku islam tapi perangai sama dengan Abu Jahal. Islamkan pemuda umno ini atau dia seorang munafik.
Pelik! Benci sungguh pemuda umno ini pada golongan agamawan seolah olah pemuda umno ini tidak rela diberi jalan kebenaran dan tidak sanggup menikmati syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah subhanallah taala.
Apabila didedahkan keberaniannya pada umum dialam maya ini, serta ada tindakan Pemuda PAS membuat laporan polis maka hilanglah keberanian pemuda umno ini. Dengan sepantas kilat laman facebook pemuda umno yang berani ini dipadamkan. Hahhhhh....berani sungguh pemuda umno yang bernama Mohd Safuan Hilmi. PAS baru repot polis..dah kecut perut ..itu belum ke tali gantung lagi...Berani pemuda umno ini sekadar berani menjulang keris tumpul.
Kalau takut dilambung ombak..jangan naik sampan kecik...kehkehkehkehkehkeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan