"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zulkifli Nordin Hina Sultan Selangor

ulitmayang
Beliau seolah – olah merendah – rendahkan tahap pemikiran DYMM Sultan, sehingga menganggap baginda tidak mampu bertindak dengan waras, kerana memperkenankan sidang DUN diadakan bagi tujuan mengembalikan kuasa yang sudah ditarik oleh Mahathir sekitar tahun 1993 lalu.

Adakah baginda tidak boleh bertindak selaras dengan kehendak rakyat terbanyak?

Adakah baginda perlu mengikut kehendak UMNO di sepanjang zaman, walaupun ianya bertentangan dengan perlembagaan negeri?

Zulkifli Nordin berusaha untuk memaksa rakyat 1Malaysia mempercayai DYMM Sultan bertindak tidak rasional kerana membenarkan usaha mengembalikan kuasa kepada Istana.

Zulkifli Nordin seolah – olah tidak merestui titah DYMM Sultan dalam isu ini, sehingga tergamak menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan TS Khalid mempergunakan Istana bagi tujuan politik sempit PKR, PAS dan DAP sahaja.

UMNO sudah tentu seronok membaca tulisan terbaru Zulkifli ini, kerana mereka sendiri takut untuk mempertikaikan perkenan DYMM Sultan, khuatir dituduh menderhaka. Mungkin dapat kita bayangkan berapa bayaran yang diterima Zulkifli. lumayan sekali.

Petikan akhbar di bawah ini

Strategi dapatkan majoriti dua pertiga

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang semalam sebagai satu strategi untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga pada Sidang DUN Isnin ini.

Katanya, langkah itu diambil kerana pakatan pembangkang tidak menyangka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan memberi perkenan mengadakan sidang tersebut bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 supaya kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri diserahkan semula kepada Sultan atas nasihat Menteri Besar.

"Mereka sangka Tuanku tidak akan memberi perkenan dan sidang tidak akan berlangsung, mereka juga tahu kalau berlangsung pun mereka akan tewas kerana tiada majoriti dua pertiga," katanya dalam entri terbaru blog beliau, http://zul4kulim.blogspot.com/ bertajuk 'Kera Dapat Bunga!' hari ini.

Menurutnya, keputusan Sultan Selangor memberi perkenan itu turut menyanggah dakyah mereka sebelum ini kononnya Sultan telah dibonekakan oleh UMNO atau BN.

"Apabila berdepan realiti, lakonan dan sandiwara mereka untuk mengadakan sidang khas itu akan terbongkar kerana sidang akan dijalankan dan rakyat akan tahu mereka bakal tewas tanpa majoriti dua pertiga, maka mereka terpaksa mencari cara bagi memperoleh undi tersebut,'' ujarnya.

Menurutnya, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam DUN Selangor seramai 56 orang dengan ADUN pakatan pembangkang seramai 35 orang, BN 20 orang dan Bebas seorang.

"Pakatan pembangkang memerlukan dua lagi ADUN untuk mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang dalam DUN.

Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan daripada BN, maka strateginya adalah mengurangkan kerusi lawan,'' katanya.

Sebab itu katanya, beliau tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menjadi mangsa pemecatan.

"Ini bermakna majoriti dua pertiga yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi.

Sama ada mereka beli mana-mana ADUN BN atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan,'' katanya.KLIK 
-tranungkite-

1 ulasan:

cicit ngah layor berkata...

Ooii Biul!!!Kalau teman kater miker bodoh,memang betoi2 bodoh pon.Satu soalan...Saper yg miker kater pakatan pembangkang Selangor tu?Kalau ndak bodek pon bior ler berpader2.Buat malu loyor jer.