TEHERAN, 9 Jan: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam nahas pesawat di bandar Urumiyeh, barat laut Iran semalam.
“Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dan 32 yang lain cedera,” kata pegawai Persatuan Palang Merah Heidar Heidari kepada agensi berita IRNA.
“Angka kematian terus meningkat,” katanya.
Pesawat itu dinaiki 105 orang tetapi maklumat televisyen tempatan menyebut sekitar 150 orang menggunakan perkhidmatannya.
-Reuters-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan