"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kejuaraan pertama 2011 bagi Chong Wei

TAIWAN: Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bertandang ke bumi Taiwan tanpa ‘sifunya’, Datuk Misbun Sidek.

Seribu satu macam persoalan dalam kepalanya ketika mengharungi Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir itu.

Demi sifunya, pemain No. 1 dunia itu tampil hebat untuk menjulang gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara pada kejohanan Masters itu.

Chong Wei menang selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-9, 21-14 pada perlawanan akhir semalam.

Jaguh badminton negara itu mendominasi kejohanan penutup musim tersebut sejak kali pertama diperkenalkan tiga tahun lalu.

Pertemuan final semalam merupakan ulangan kepada aksi final 2008 dan Gade, 34, sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Chong Wei dalam permainan yang hanya memakan masa 40 minit.

Musuh utama Chong Wei dari China, Lin Dan yang juga juara Sukan Olimpik dan bekas pemain No. 1 dunia, gagal menempatkan diri pada kejohanan Masters kali ini selepas tidak menyertai beberapa kejohanan Super Series sepanjang musim 2010.

Gelaran juara bagi wanita pula menjadi milik pemain No. 2 dunia, Wang Shixian yang menewaskan pemain No. 8 dunia, Bae Youn-joo dari Korea Selatan 21-13, 21-15.

Super Series pertama bagi musim 2011 kali ini ialah Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Kuala Lumpur pada 18 Januari. 
–Reuters-

Tiada ulasan: