KOSMO!
DUA kapal Tentera Laut Diraja British berlanggar di sebuah pelabuhan di Bahrain, Khamis lalu. - Foto X@militaryBanter
MANAMA, Bahrain – Sebuah kapal perang Tentera Laut Diraja Britain merempuh sebuah lagi kapal perang milik Britain dalam kemalangan di Bahrain, lapor saluran berita Press TV semalam.
Nahas berlaku di sebuah pelabuhan, manakala sebuah kapal berkenaan berisiko karam.
Dalam video yang disiarkan di internet, kapal lebih lama, HMS Chiddingfold merempuh kapal HMS Bangor pada Khamis lalu.
Pelanggaran itu mengakibatkan lubang besar pada badan kapal HMS Bangor.
“Terdapat kerosakan ketika ia (HMS Chiddingfold) cuba mengundur ke belakang.
“Kru HMS Chiddingfold tidak dapat mengubah haluannya, Bahagian dalamannya juga rosak. Kapal ini tidak akan dapat digunakan untuk sementara waktu,” kata satu sumber.
Seorang jurucakap tentera Britain mengesahkan kemalangan yang memalukan itu.
“Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini. Maklumat lanjut tidak dapat diberikan kerana kemalangan ini masih disiasat,” kata jurucakap itu. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan