"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tukar Sanusi dengan Hayati sebagai MB?

Harapandaily

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dikatakan bakal digugurkan sebagai Menteri Besar.

Ura-ura menyebut bahawa ADUN Tokai, Datuk Dr Mohd Hayati Othman bakal menggantikan pemimpin yang suka berkaraoke dengan perempuan ajnabi itu.

Khabar ketika Langkah Dubai masih dicanang itu didedahkan oleh Setiausaha Koordinasi Penerangan PKR, Iswardy Morni menerusi platform X.

“Angin bertiup kencang yang Sanusi bakal diganti Mohd Hayati Othman sebagai MB Kedah.

“Ayat Pas Kedah, “Bawak Sanusi tu umpama memikul bawak hidup”.

“Tahniah YB Hayati, DUN Tokai,” kata Iswardy.

Hayati, 67, juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pendang antara 2004 hingga 2013.

Beliau sebelum ini merupakan doktor perubatan yang berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Alor Setar, Hospital Baling dan Hospital Alor Setar.

Bapa kepada tujuh anak itu kemudiannya membuka klinik swasta di Pendang pada 1995.

Sementara itu, Sanusi yang berasal dari Kampung Sungai Pau, Sik buat pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada 17 Mei 2020.

Sanusi yang berasal dari Kampung Sungai Pau, Sik buat pertama kali dilantik sebagai
Menteri Besar Kedah ke-14 pada 17 Mei 2020.

Dia sekali lagi mengangkat sumpah jawatan itu selepas berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos tahun lalu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkenaan boleh dianggap Menteri Besar blok pembangkang mencetuskan pelbagai kontroversi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, malah menyentuh sensitiviti 3R berkait agama, kaum dan institusi diraja.

Pelantun karaoke sampai awal pagi itu pernah heboh didakwa menghina Sultan Selangor ketika membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Tiada ulasan: