"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Provokasi lagakan PM Anwar dengan pihak istana

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Provokasi mengapi-apikan perkauman dan agama dimainkan sejak kempen pilihan raya ke-15 lagi.

Sekarang, ia memasuki fasa istana apabila cuba melaga-lagakan institusi istana dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kononnya PMX menghina Agong, Agong tidak lagi mesra dengan PMX dan bermacam-macam lagi.

Sebelum ini, di majlis perkahwinan Putera Mateen, Istana Nurul Iman menjadi mangsa fitnah kononnya PMX tidak dijemput ke majlis tersebut.

Sdgkan jelas PMX hadir ke majlis tersebut bersama isteri, Wan Azizah. Mereka cuba memburukkan Perdana Menteri tetapi tanpa sedar telah memfitnah Agong.

Semalam, mereka kaitkan pula dgn menggunakan foto Mahathir duduk di meja bersama Agong dan Permaisuri. Provokasi mengapa Mahathir yg duduk di meja utama tersebut bukan PMX.

Kononnya Istana Negara pula tidak menjemput PMX utk majlis santai itu.

Mudahkan melahirkan persepsi di kalangan masyarakat yg tanpa disedari mereka sudah terpukau dgn api perkauman, kebencian agama, taklid buta dan telah meresapi dgn fahaman khawarij atau takfiri.

Dalam cytro pembangkang ini cuba memfitnah memperlekehkan PMX, mengapi apikan sentimen kononnya Perdana Menteri bermasalah dgn pihak Istana… tanpa mereka sedari mereka telah memfitnah pihak Istana.

Sewajarnya laporan polis terus dibuat utk membawa mereka yg sudah berani memfitnah pihak Istana utk diambil tindakan. Fitnah semakin menggila kerana tiada tindakan tegas dilihat setakat ini.

Apa cerita sebenarnya? Ia adalah Majlis Minum Teh dgn YDPA di Istana Negara. Program santai, very little protocol boleh keluar masuk macam open house Hari Raya.

Semua dijemput, termasuk mantan2 PM (termasuk PM7-9). PMX hadir awal dan balik awal utk menghadiri beberapa program lain termasuk Ponggal di Klang.

Selepas ini ada majlis rasmi seperti Majlis Jamuan Negara pada 27hb di Mandarin Oriental, Majlis Keberangkatan Pulang 30hb di Parlimen dan Majlis Pelantikan (bukan Pertabalan) YDPA baru 31hb Januari.

Zaman media sosial bila semua org boleh menulis, maka fitnah berleluasa. Jadilah insan yg berhati mulia. Sokong parti fitnah itu bukan perjuangan Islam.

Tabayyun lah wahai umat Melayu kerana di akhir zaman ini org yg berpawatakan alim adalah manusia yg paling ditakuti seperti hadis Nabi.

Logiknya tak kan la Ameng Spring dijemput pihak Istana, Perdana Menteri tidak dijemput.

Tiada ulasan: