Mohd Sayuti Omar
KETUA Pemuda Umno Malaysia yang tidak diikhtiraf kemampuan dan kemenangannya, Khairy Jamaluddin tidak mahu berkongsi rahsia pertemuan beliau dengan Presiden Umno, Najib Abdul Razak hari ini. Katanya biarlah ia menjadi rahsia beliau dengan Najib. Amboi...!
Memang itu hak Khairy dan beliau tidak perlu mendedahkannya. Tetapi adalah hak orang lain juga untuk membuat spekulasi apakah isi perbincangan di antara keduanya. Dalam masa lima minit pertemuan itu, selain Khairy menceritakan masalah dan potensi Parlimen Rembau yang diwakilinya, tentulah juga Khairy bertanya Najib mengenai kedudukannya dalam pilihan raya akan datang.
Memang itu hak Khairy dan beliau tidak perlu mendedahkannya. Tetapi adalah hak orang lain juga untuk membuat spekulasi apakah isi perbincangan di antara keduanya. Dalam masa lima minit pertemuan itu, selain Khairy menceritakan masalah dan potensi Parlimen Rembau yang diwakilinya, tentulah juga Khairy bertanya Najib mengenai kedudukannya dalam pilihan raya akan datang.
Ataupun Najib mungkin ada menyebut kepada Khairy yang menantu bekas perdana menteri itu harus berundur dalam pilihan raya akan datang. Atau Najib menggunakan bahasa isyarat atau bahasa tubuh untuk meminta Khairy berundur.
Kalau Najib menyebut secara terang juga tidak mustahil kerana isyarat dari Najib sebelum ini seperti tidak diendahkan oleh Khairy. Atau Khairy sekaan tidak mengerti dan peka kepada cara dan sinisme Najib berpolitik. Dalam sisi lain Khairy seolah ikhlas dan tulus, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya tidak percaya kalau orang sepintar Khairy dia tidak tahu isyarat Najib.
Kalau Najib menyebut secara terang juga tidak mustahil kerana isyarat dari Najib sebelum ini seperti tidak diendahkan oleh Khairy. Atau Khairy sekaan tidak mengerti dan peka kepada cara dan sinisme Najib berpolitik. Dalam sisi lain Khairy seolah ikhlas dan tulus, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya tidak percaya kalau orang sepintar Khairy dia tidak tahu isyarat Najib.
Najib telah memberi beberapa isyarat kepada Khairy, di mana dengan isyarat ini sudah cukup kalau Khairy berundur dan melepas jawatan. Ataupun tukar parti. Tetapi Khairy tidak menerima isyarat itu ataupun tidak merasai ia satu 'kebencian' Najib kepadanya. Rada politik Khairy lemah menerima isyarat Najib yang dihantar dengan gelombang simbolik. Begitukah?
Umum tahu walaupun kemenangan Khairy merebut jawatan ketua pemuda kerana rasuah, tetapi beliau adalah ketua pemuda yang sah dari sisih undang-undang Umno. Tetapi hakikat itu ditolak hidup-hidup oleh Najib sebagai presiden Umno.
Dalam susunan kabinetnya Najib tidak menamakan Khairy sebagai menteri atau timbalan menteri. Paling mengejutkan Najib melantik pemuda yang kalah dengan Khairy untuk menjadi timbalan menteri. Itu satu pukulan maut buat Khairy. Tidak cukup dengan pukulan itu satu lagi tukul terkena ke kepala Khairy bila mana naib ketua Pemuda, Razali Ismail dilantik jadi timbalan menteri.
Apakah maksud semua itu? Iya tidak lain dan tidak bukan satu ejekan besar buat Khairy. Tetapi Khairy masih cuba menyejutkan dirinya, dengan mengatakan dia tidak perlukan jawatan untuk berkhidmat. Betulkan Khairy tidak mahu jawatan? Kalau benar begitu untuk apa dia bertanding dan bolehlah tanpa jawatan kami berkerja?
Bagaimana pun kenyataan kenyataan Khairy ke belakangan ini berbeza nada pula. Beliau menyatakan rasa tidak berminat dengan politik dan bercadang tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Ini menampak Khairy sudah menemui cermin yang benar untuk mempamerkan dirinya dan juga masa depannya.
Apakah beliau membuat kenyataan itu kerana beliau suduh sedar yang pisau politik sudah mendekati lehernya?
Sepatutnya beliau tidak menunggu lama untuk berbuat demikian. Alasan yang diberikan untuk membereskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang beliau sedang laksanakan baru beliau akan bertindak (berundur) tindakan yang lewat dan tidak menggambarkan beliau peka mengenai dirinya sendiri. Khairy sepatutnya bertindak sebelum beliau dimalukan. Adalah silap kalau beliau mempercayai dalam politik ada keikhlasn, ada kejujuran dan juga kesetiaan. Permainan (game) dalam politik persis jerat yang tidak pernah melupai pelanduk.
Dalam satu pertemuan tidak disengajakan di satu majlis, saya sudah katakan sebelum ini kepadanya, yang beliau tidak akan diberi kerusi pada pilihan raya ke - 13 nanti. Betapa pun beliau tunjukkan kesetiaan dan berkerja kuat semua itu tidak akan dinilai dan sia-sia saja. Segala budi, pengakuan dan ba'iah Khairy dengan Najib tidak memberi apa-apa bekas.
Saya katakan kepada Khairy selagi Dr Mahathir masih hidup maka selama itulah Khairy akan terseksa dan beliau tidak akan diberikan laluan oleh Najib. Selamanya Najib akan menyuburkan politik Mukhriz Mahathir kerana Najib ada budi dengan Mahathir. Manakala Khairy pula anak yatim dalam politik dan tidak ada apa-apa budi mertuanya bagi Najib membolehkan Najib menjaga dan mempedulikan Khairy.
Perlantikan Mukhirz sebagai timbalan ketua Umno Kedah harus dibaca oleh Khairy. Beliau kena takut ke mana Mukhriz selepas ini. Dalam permerhatian saya, perlantikan itu adalah persiapan untuk Mukhriz jadi MB Kedah. Mukhriz akan merukah ke jawatan lebih tinggi termasuk timbalan presiden Umno menerusi jawatan berkenaan.
Apapun kita hormat kepada keputusan Khairy. Keseksaan batin politiknya hanya ditanggung oleh beliau. Kerana tanpa kuasa tidak ada lagi anak-anak ayam yang menderai langkahnya dan mereka juga tidak lagi berhimpun dalam majlis Khairy.
Mereka semua adalah anak ayam yang mencari makan, menanti beras tumpah. Bila Khairy memiliki lesong maka tidak ada beras yang mengecik keluar makan kelaparan anak-anak ayamnya. Anak ayam tidak ada nilai perjuangan. Mereka hanya bersultan perut dan poket saja. Bila poket kering mereka akan meninggal induk yang bertangan kosong.
Kalau beliau benar berundur satu kerugian kepada politik negara ini. Malaysia akan kehilangan seorang lagi budak cerdik, kecualilah Khairy meneruskan perjuangannya dalam PKR atau Pas, budak cerdik ini dapat menaburkan sikit baktinya yang dikumpulkan untuk dilambak dalam Umno itu. Sudahkah Khairy memikirkan semuanya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan