JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan laluan sukar bagi mengesahkan slot ke final Kejohanan Badmin- ton Siri Super Masters Akhir di Taiwan semalam.
Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia mudah menewaskan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-17, 21-18 pada aksi separuh akhir.
Namun, kejayaan Chong Wei itu tidak dapat dikongsi bersama jurulatihnya, Datuk Mis- bun Sidek yang secara tiba-tiba membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan pada 31 Disember lalu.
Sekalipun tanpa kehadiran Misbun, Chong Wei masih mampu mengekalkan rekod cemerlangnya apabila belum lagi tewas, baik dalam saingan peringkat kumpulan mahupun aksi separuh akhir semalam.
Lawan yang menanti Chong Wei di pentas final hari ini adalah pemain Denmark, Peter Gade yang menewaskan Chen Long dari China 21-19, 21-18 dalam satu lagi pertemuan sepa- ruh akhir.
Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain sebelum ini, ternyata ia lebih memihak kepada Chong Wei selepas dia berjaya memenangi sembilan perlawanan daripada 10 perla- wanan.
Sudah pasti anak jati Pulau Pinang ini mahu membawa pulang kejayaan dari Taiwan sebagai hadiah kepada Misbun yang dilihat masih lagi belum ada tanda-tanda mahu menarik balik keputusan yang dibuatnya itu.
-kosmo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan