"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda PAS cabar Pengarah Pelajaran Johor tanding di Tenang

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Dewan Pemuda PAS pusat mencabar Pengarah Pendidikan Johor Markom Giran yang didakwa ‘berkempen’ untuk Barisan Nasional (BN) di Tenang baru-baru ini agar bertanding jika berminat sangat dalam politik.

“Saya mencadangkan kepada Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kayat.

“Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini.

“Saya penuh yakin Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan Umno Johor akan bersetuju dengan cadangan ini,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

PAS membuat laporan polis mengenai isu itu Jumaat lalu.

Malah Dewan Pemuda PAS juga menyifatkan tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor yang didakwa berkempen untuk BN di Sekolah Menengah Tenang Station 31 Disember lalu, sangat memalukan.

Tiada ulasan: