"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Analisa PRN: Dua calon Bebas tak hilang deposit - Muda, PSM tersungkur

Malaysiakini

Dua calon bebas berjaya mengekalkan wang pertaruhan mereka dalam enam pilihan raya negeri, semalam.

Sementara, semua calon Muda, PSM, dan 39 calon bebas lain - termasuk lima ahli bersekutu Bersatu dan 11 calon Gerakan - kehilangan wang deposit mereka.

Calon pilihan raya mesti memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi untuk tidak hilang wang pertaruhan  mereka.

Dua calon bebas yang berjaya mengekalkan deposit mereka ialah Safwan Hanif Shafie di Ayer Hangat, Kedah; dan Mohamad Rafie Ab Malek di Ampangan, Negeri Sembilan.

Safwan adalah bekas timbalan ketua PAS Langkawi, manakala Rafie adalah bekas ketua PKR Seremban.

Safwan mendapat 30.4 peratus undi di Ayer Hangat, dan mendapat tempat kedua.

Sementara itu, Rafie memperoleh 20.7 peratus undi dan menduduki tempat ketiga dalam pertarungan tiga penjuru.

Bagi Muda, ia hanya berjaya memperoleh lebih lima peratus undi di empat kerusi iaitu Temiang (7.1 peratus) di Negeri Sembilan, dan Subang Jaya (6.4 peratus) Dusun Tua (5.8 peratus) dan Bandar Utama (5.3 peratus) di Selangor.

Pemberontak DAP berjaya disingkirkan

Bagi Bersatu pula, calonnya kehilangan wang deposit di Padang Lalang, Pulau Pinang dan Seri Kembangan, Subang Jaya, Kampung Tunku dan Pandamaran di Selangor.

Bagi Gerakan, calonnya kehilangan deposit di Berapit, Perai, Air Putih, Kebun Bunga, Padang Kota, Pengkalan Kota, Batu Lancan dan Paya Terubon di Pulau Pinang, serta di Bukit Gasing dan Bandara Utama di Selangor.

Sementara itu, dua pemberontak DAP di Pulau Pinang, David Marshel dan Satees Muniandy, turut kehilangan wang pertaruhan mereka.

Tiada ulasan: