Malaysiakini
Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata dia tidak berniat untuk menayang kertas undi bertanda ketika mengundi hari ini.
Katanya, kertas itu terbuka secara tidak sengaja ketika dia kelam kabut melayan permintaan petugas media yang ingin mengambil gambar.
“Saya layan kehendak wartawan, tapi mereka perkena saya tang gambar itu, kalau saya nak pamer saya kena angkat macam tu (lebih tinggi),” dia dipetik sebagai berkata oleh Buletin TV3.
Dia juga mempertikai pihak media kerana menyiarkan gambar itu sedangkan “banyak lagi gambar yang elok”.
Terdahulu, media melaporkan Muhammad Sanusi hari ini didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan