"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Air mata Raja Permaisuri Agong tumpah buat rakyat Sabah

Suzalina Halid
suzalina@bh.com.my
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, melahirkan rasa terharu hingga menitiskan air mata selepas melihat sambutan luar biasa rakyat Sabah. - Ihsan Instagram Istana Negara
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, melahirkan rasa terharu hingga menitiskan air mata selepas melihat sambutan luar biasa rakyat Sabah. - Ihsan Instagram Istana Negara
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, melahirkan rasa terharu hingga menitiskan air mata selepas melihat sambutan luar biasa rakyat Sabah yang sanggup menunggu dalam hujan lebat bagi menyambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan baginda.

Sambutan luar biasa rakyat Sabah itu ditunjukkan ketika Kembara Kenali Borneo, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke negeri itu.

Raja Permaisuri Agong amat terharu dengan manifestasi semangat dan kasih rakyat yang sanggup menunggu di sepanjang jalan rata meskipun dalam keadaan hujan lebat.

Melalui Instagram Istana Negara, turut dimuatkan dua video pendek yang menunjukkan ramai rakyat Sabah dalam keadaan basah akibat hujan sanggup menunggu Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Tangkap layar menunjukkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, melahirkan rasa terharu hingga menitiskan air mata selepas melihat sambutan luar biasa rakyat Sabah yang sanggup menunggu dalam hujan lebat bagi menyambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan baginda. - Ihsan Instagram Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong kemudian memberhentikan kenderaan dipandunya untuk bersalaman dengan mereka yang menunggu dalam hujan.

Dalam rakaman video itu, Raja Permaisuri Agong turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan mereka yang berada dalam keadaan hujan lebat bersama anak kecil.

"Allahuakbar...tengok ini..anak-anak...mereka masih menunggu mama dan baba di dalam hujan lebat.

"Kita dalam kereta boleh buka tingkap dan lambai tetapi bagaimana dengan mereka di luar sana, bersama anak kecil menangis lagi," luah baginda.

View this post on Instagram

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Baginda turut mendoakan supaya mereka yang menunggu itu tidak sakit dan demam kerana menunggu dalam hujan begitu lama.

"Kami berasa sangat sedih kerana tidak boleh turun menemui mereka...saya sendiri agak basah kerana membuka tingkap tadi berikutan berasa sangat kasihan.

"Apa nak buat, saya tidak tahu hendak buat apa...hanya Allah yang balas," luah baginda.

Hantaran video itu menerima lebih 200,000 tontonan manakala ruangan komen dipenuhi kenyataan positif dan penghargaan atas keprihatinan Seri Paduka berdua.

Seri Paduka berdua berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Tiada ulasan: